ASSALAMUALAIKUM,
Pada kali ini,saya akan mengupas mengenai Siapakah Diri Ini ?
SOALAN :
1) SIAPAKAH ANDA ?
- Saya ialah hamba Allah S.W.T. yang diturun kan ke bumi menjadi seorang khalifah.
(jawapan yang lazim di dengar )
2) SIAPA YANG JADIKAN KAMU ?
-Yang jadikan saya ialah Allah S.W.T
3)JADI , SIAPAKAH KAMU ?
-Mesti anda semua keliru dengan soalan ini ..kerana saya telah ulang kemali soalan ini.
Ini lah tajuk yang saya hendak ceritakan. SIAPAKAH SAYA ? SIAPAKAH ANDA ?
Pada akhir teks ini, saya akan pasti kan yang pembaca semua dapat menjawa SOALAN yang
saya ajukan itu dengan lebih TEPAT !
BISMILLAH,
- Selawat dan Salam pada junjungan Besar Nabi S.A.W . ,
Setiap Manusia Dikurniakan Akal Fikiran oleh Allah S.W.T dan Dikurniakan Pula Nafsu
supaya Manusia Dapat Menggunakan Akal Memilih Jawapan yang Pasti .
Kita juga dikurniakan Akal supaya dapat MENGIMBAS KEMBALI JANJI KITA PADA
ALLAH SWT SEMASA DI ALAM ROH DAHULU.
Pada zaman roh dahulu, kita sentiasa menyebut nama Allah SWT dan merasakan hanya
Allah segalanya. Diri kita ini hanya lah pinjaman mahupun ROH ini hanyalah pinjaman
dari Allah SWT kepada kita ini dan segala Pergerakan ini adalah Milik Allah SWT yang
MAHA AGUNG DAN TUHAN SEKALIAN ALAM INI. Dia-lah Pencipta Segalanya Mahupun
Yang Baik atau Buruk . Jangan lupa yang setiap apa yang Berlaku itu Izin dari Allah SWT
dan tiada satu pun di alam ini milik kita kerana SEMUA BENDA INI HAK ALLAH SWT
tidak kira JASAD,ROH,TANAH,BUKIT BAKAU, GUNUNG GANANG , LAUTAN ,
HIDUPAN BUMI dan tak kira apa jua .. ITU SEMUA MILIK ALLAH SWT.
Dan jika betul fahami masud semua milik Allah.. Kita akan merasakan DIRI INI KOSONG
dan Merasakan Bahawa Kita ini Kosong Tanpa Allah SWT .
Apabila sampai disatu tahap nanti, pembaca sekalian akan merasakan tidak akan ada
satu perasaan pun terhadap dunia ini jika pembaca sekalian merasakan semua ini milik
Allah S.W.T . Dan selepas itu akan merasakan diri ini seperti kembali dizaman roh dimana
pembaca akan sentiasa berzikir dan terus berzikir hingga boleh merasakan roh dan jasad ini
boleh terpisah. (JANGAN DISALAH ERTIKAN, MANUSIA TIDAK DAPAT KEMBALI KE
ALAM ROH KETIKA MASIH BERADA DI BUMI INI.TETAPI DAPAT MERASAKAN
KEMBALI NIKMAT KETIKA ROH SEDANG MEMUJI ALLAH SWT KETIKA
DAHULU BERADA DI ALAM ROH ) jadi, setiap pergerakan kita ini adalah gerakan Allah SWT
yang mengizinkan kita untuk bergerak dan yang hanya disuruh Oleh Allah semata-mata .
Oleh itu, kita ini hanyalah kosong tanpa Allah SWT.
Semua yang baik dipuji kepada ALLAH SWT dan yang Buruk sesama kita perbetulkan kerana
Semua itu datang dari Allah SWT .itu lah fungsi Akal supaya dapat menapis Keburukan dan
dapat memilih jalan kebenaran. Semoga pembaca sekalian dapat menjawab soalan ketiga itu.
dari saya : Muhammad Fadly Bin Abdu Rahman Bin Hassan Bin Md.Noor Bin Md. Ali Bin Adipati Bin .Manipati