Friday, November 18, 2011

ASSALAMUALAIKUM,
 
  Pada kali ini,saya akan mengupas mengenai Siapakah Diri Ini ?

SOALAN :


1) SIAPAKAH ANDA ?
- Saya ialah hamba Allah S.W.T. yang diturun kan ke bumi menjadi seorang khalifah.
 (jawapan yang lazim di dengar )
2) SIAPA YANG JADIKAN KAMU ?
-Yang jadikan saya ialah Allah S.W.T
3)JADI , SIAPAKAH KAMU ?
-
Mesti anda semua keliru dengan soalan ini ..kerana  saya telah ulang kemali soalan ini.


Ini lah tajuk yang saya hendak ceritakan. SIAPAKAH SAYA ? SIAPAKAH ANDA ?
Pada akhir teks ini, saya akan pasti kan yang pembaca semua dapat menjawa SOALAN yang 
saya ajukan itu dengan lebih TEPAT !


BISMILLAH,
 - Selawat dan Salam pada junjungan Besar Nabi S.A.W . ,

  
  Setiap Manusia Dikurniakan Akal Fikiran oleh Allah S.W.T  dan Dikurniakan Pula Nafsu 
  supaya Manusia Dapat Menggunakan Akal Memilih Jawapan yang Pasti . 
 Kita juga dikurniakan Akal supaya dapat MENGIMBAS KEMBALI JANJI KITA  PADA
 ALLAH SWT SEMASA DI ALAM ROH DAHULU
.

Pada zaman roh dahulu, kita sentiasa menyebut nama Allah SWT dan merasakan hanya 
 Allah segalanya. Diri kita ini hanya lah pinjaman mahupun ROH ini hanyalah pinjaman
dari Allah SWT kepada kita ini dan segala Pergerakan ini adalah Milik Allah SWT yang 
MAHA AGUNG DAN TUHAN SEKALIAN ALAM INI. Dia-lah Pencipta Segalanya Mahupun
Yang Baik atau Buruk . Jangan lupa yang setiap apa yang Berlaku itu Izin dari Allah SWT
dan tiada satu pun di alam ini milik kita kerana SEMUA BENDA INI HAK ALLAH SWT
tidak kira JASAD,ROH,TANAH,BUKIT BAKAU, GUNUNG GANANG , LAUTAN ,

HIDUPAN BUMI dan tak kira apa jua .. ITU SEMUA MILIK ALLAH SWT.
Dan jika betul fahami masud semua milik Allah.. Kita akan merasakan DIRI INI KOSONG 
dan Merasakan Bahawa Kita ini Kosong Tanpa Allah SWT .
Apabila sampai disatu tahap nanti, pembaca sekalian akan merasakan tidak akan ada
satu perasaan pun terhadap dunia ini jika pembaca sekalian merasakan semua ini milik 
Allah S.W.T . Dan selepas itu akan merasakan diri ini seperti kembali dizaman roh dimana 
pembaca akan sentiasa berzikir dan terus berzikir hingga boleh merasakan roh dan jasad ini 
boleh terpisah. (JANGAN DISALAH ERTIKAN, MANUSIA TIDAK DAPAT KEMBALI KE 
ALAM ROH KETIKA MASIH BERADA DI BUMI INI.TETAPI DAPAT MERASAKAN
KEMBALI NIKMAT KETIKA ROH SEDANG MEMUJI ALLAH SWT KETIKA 
DAHULU BERADA DI ALAM ROH ) jadi, setiap pergerakan kita ini adalah gerakan Allah SWT
yang mengizinkan kita untuk bergerak dan yang hanya disuruh Oleh Allah semata-mata .
Oleh itu, kita ini hanyalah kosong tanpa Allah SWT.


Semua yang baik dipuji kepada ALLAH SWT dan yang Buruk sesama kita perbetulkan kerana
Semua itu datang dari Allah SWT .itu lah fungsi Akal supaya dapat menapis Keburukan dan 
dapat memilih jalan kebenaran. Semoga pembaca sekalian dapat menjawab soalan ketiga itu.




dari saya : Muhammad Fadly Bin Abdu Rahman Bin Hassan Bin Md.Noor Bin Md. Ali Bin Adipati Bin .Manipati





Friday, October 8, 2010

Pesan iman syafie


  • Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.


Saturday, September 18, 2010

Cinta remaja

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara.
Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah. ..

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh. .lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.

Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Couple itu haram

cOupLe hARaM
c
ite nie drpd kawan kpd kawan kpd kawan-kawan...he3...semoga menjadi ikhtibar buatku dan kawan2 semua...:)

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk. Ada pula yang kate saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar. Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti). Tapi saya tak kesah. Asalkan ada yang terhibur. Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'. Di dorm sms awek sampai pagi. Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.

Saya mula berfikir. "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu. saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya. Mula-mula awak jual mahal.

Tapi saya tak kisah. Nak beli gak. Akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA. Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata, 'ALL OUT'lah haha. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya Gayut' malam-malam. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu. Tidak terasa pun kehilangannya. Mase bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk memujuk-mujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini, terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terikir. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam. Asalkan awak memahami saya.

Satu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah. Dalam ceramah tu saya sedar, saya banyak buat salah dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi baik. Sebab memang itu fitrah manusia, menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah. Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran. Saya beli dua, satu untuk saya dan satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri. Jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awk bangun subuh (calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ade yang siap wat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik.

Tak guna ayat jiwang-jiwang, janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je. Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihat awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu. Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa hubungan kita semakin diredahai. Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf, surah ke 7, ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat mereka berkata:

"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah.Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman. Ape lagi, tegur je la depan-depan. Lepas tu, satu mas saya terbaca pasal couple.

COUPLE TU HARAM

Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi, macam betul pulak. Tapi biasala, kalau kita suka satu benda tu kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita. Kita tak buat maksiat. Kita tak keluar jalan-jalan pegang tangan, tak jiwang-jiwang. Cuma saling ambil berat. Tanya khabar. Borak-borak. Siap bagi tazkirah lagi.

Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah. Masa terus berlalu. Masa ni dah nak dekat Trial SPM, lagi tiga minggu sebelum trial. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan buat study group. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima, ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah. Ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je. Tapi tak kisah. Saya ada tempat mengadu. Suatu masa ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri saya terjumpa ayat ini.

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir. Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?

Lepas tu terjumpa pula ayat ini.

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu cakap je berapi gaya alim, tapi couple gak. Sama aje kau dengan kami, tegur orang konon." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali, saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu saya masih sms lagi dengan awak dalam bas."

sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu. Dalam fikiran saya ni kira dakwah juga. Saling ingat-mengingati. Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat, takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Pihak penganjur pun faham. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. Kalaulah betul couple tu salah, habis tu nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah, buat apa fikir macam tu. Tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit lah.

"Em, boleh.duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er macam ni. Sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat gak la. Bukan rapat biasa, tapi rapatlah."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate. Mesti dia marah. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.

"Sebenarnya. couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni. Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

*Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah setan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?" Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau anta janji taknak call die pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus salihin bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam.kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab:

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal die pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir.

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap "Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.

"Akh, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du, surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni. Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.

Alamak..tak boleh lari lagilah nampaknye. Saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"
Semuanya dah jelas rasanya. Nampaknya saya kena tiggalkanlah benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas. Buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat. Jadi rasanya, inilah masanya."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.

"Assalamualaikum. Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum."

Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika saya tekan juga button [send]. Lepas tu tertera di skrin.

[SENDING.]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya. Saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.

"Terima kasih bang."

"Takpe, dah tanggungjawab."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka, memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah.

surah Al-Baqarah,ayat 216.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang, tapi saya terus cuba.

Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ade gak yg stuju. Tapi tak kisahlah semua tu. Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat.

"Seindah gubahan pertama.S aya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.

"Kena tegaskan rasanya".

Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi. Seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya. Assalamualaikum.

Saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan. Lagi satu, jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal. Tapi carilah cinta Allah, tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi. Cinta yang diredahai. -Yang Te
rakhir-"

Tips bergaul dgn muslimah

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi.
Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani
oleh kaum lelaki dan kaum wanita.
Semoga dengan mengamalkan perbatasan
hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka.
Sama-samalah kita menjaga hati...

  • Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluanguntuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.


  • Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah mediumperantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh;maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu,tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate.Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih.Best kan ??


  • Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut,banyakkan beristighfar dan berdoa " YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan."

  • Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you're talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori "dari mata turun ke hati" itu benar-benar bisa berlaku.Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..




  • Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati parasahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalmkemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepadastudents/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So,apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut.Takpayahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.




Cara pemakaian zaman sekarang



Hadis nabi ;'barang siapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka'
– riwayat Abu Daud.

Ramai yang masih belum mengetahuinya,jadi sampaikanlah kepada mereka.


Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami.. wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.....






“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
-hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”